Fiesta Joran Shah Alam

Yuran Pendaftaran: RM50 (Warganegara), RM100 (Bukan Warganegara)

Warganegara *

Total: RM0.00

PENGUMUMAN PENTING, SILA AMBIL MAKLUM

Terima kasih kepada semua peserta, ahli jawatankuasa, warga komuniti & agensi berkaitan diatas sokongan & kerjasama diberikan, setelah bermesyuarat serta mengambil pandangan peserta, berikut adalah penambahbaikan yang dipersetujui:

1) Pertukaran tarikh perlepasan ikan bagi Fiesta Joran Shah Alam edisi ke-2
– Adalah dimaklumkan bahawa tarikh perlepasan ikan ditukar pada 25 haribulan Julai 2025, 3:00 pm.
– Kaunter walk-in pada 13 julai 2025 tetap diteruskan & dibuka dari 9:00 am – 1:00 pm.

2) Tarikh & masa kaunter pendaftaran walkin:
– 13 julai 2025, 9:00 am – 1:00 pm
– ⁠25 julai 2025 (hari perlepasan ikan), 3:00 pm – 6:00 pm
– ⁠26 julai 2025 (pancang dibenarkan), 6:00 pm – 10:00 pm
– ⁠27 julai 2025 (hari pertandingan), 6:30 am – 7:30 am
Hanya pendaftaran (online/walk-in) sebelum 13 julai 2025 sahaja layak mendapat baju Fiesta Joran

3) Tarikh & masa kaunter pengambilan kit (Baju, pelekat joran & pelekat pancang):
– 26 julai 2025 (pancang dibenarkan), 6:00 pm – 10:00 pm
– ⁠27 julai 2025 (hari pertandingan), 6:30 am – 7:30 am

Maklumat tambahan:
– ⁠Wang tunai keseluruhan adalah bukan dari kutipan yuran peserta.
– ⁠Kami tidak mengambil vendor atau peniaga F&B (makanan/minuman) didalam program ini.

SEMUA DIATAS BERKUATKUASA 9 JULAI 2025


Fiesta Joran Shah Alam
Tarikh : 27 Julai 2025, 7.30AM
Lokasi : Taman Tasik Seksyen 7, Shah Alam

Yuran Pendaftaran :
RM50 (Warganegara)
RM100 (Bukan Warganegara)

Hadiah Tunai Pemenang
Juara: RM5000
Kedua: RM1500
Ketiga: RM1000
Ke 4: RM600
Ke 5-10: RM400
Ke 11-20: RM200
Ke 21-30: RM100

Saiz Baju

SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN MEMANCING FIESTA JORAN SHAH ALAM EDISI KE-2

  • Penyertaan online sehingga 13 Julai, setiap penyertaan akan mendapat 1 baju jersi rasmi.
  • Untuk penyertaan Walk-in, bukan online atau selepas 13 Julai tidak layak mendapat baju rasmi.
  • Peserta yang didapati menipu atau cuba menipu semasa pertandingan akan dibatalkan penyertaan.
  • Peserta tidak dibenarkan mendirikan khemah dari tebing tasik sebelum dari hari pertandingan.
  • Peserta boleh mendaftar seberapa banyak batang joran dengan kadar bayaran RM50.00/joran (warganegara) dan RM100.00/joran (Bukan Warganegara).
  • Peserta bebas memilih lokasi memancing tetapi dilarang keluar dari kawasan yang ditetapkan dan pihak penganjur berhak menentukan kawasan yang dibenarkan mengikut jumlah penyertaan.
  • Peserta perlu menghantar ikan ke meja Hakim untuk ditimbang selepas mendapat Waran Marsyal.
  • Hanya 1 mata kail yg dibenarkan dan pelampung kekal tidak boleh digunakan.

  • Peserta DILARANG menggunakan umpan tiruan (Rapala), organ dalaman haiwan, umpan TAPA, katak, anak itik, cicak, anak ayam dan umpan yang menggunakan organ haiwan yang berbau hanyir dan meloyakan serta kuning.
  • Ikan yang dipertandingkan mesti memakan umpan, perlu kena di bahagian dalam mulut (bold) sahaja untuk layak di timbang.
  • Kemenangan ditentukan berdasarkan berat bagi seekor ikan yang ditimbang.
  • Ikan yang sudah berada di dalam tangguk ketika siren penamat dibunyikan layak dipertandingkan. Bagi ikan yang masih berada di dalam air ketika siren penamat dibunyikan, ikan berkenaan tidak layak dipertandingkan.
  • Peserta layak memenangi lebih daripada satu (1) hadiah kecuali hadiah tempat pertama hingga ketiga. Sekiranya seorang peserta mendapat tiga ekor ikan terberat, maka peserta berkenaan akan ditabalkan sebagai juara manakala dua ekor ikan lagi yang dipancing akan menduduki tempat keempat dan kelima.
  • Ikan yang berjaya dipancing akan menjadi hak milik penganjur.
  • Peserta hendaklah menjaga kebersihan dan membuang sampah di tong sampah yang disediakan.

NOTA: IKAN KELI TIDAK DIPERTANDINGKAN


Butiran pendaftaran bagi peserta WALK-IN

Tarikh: 13 Julai 2025 (Hari perlepasan ikan)
Masa: 9:00 am – 1:00 pm

27 Julai 2025 (Hari perlepasan ikan)
Masa: 6:00 am – 7:00 am

Lokasi: Taman Tasik Seksyen 7, Shah Alam (Pintu Masuk)

Nota: Pembayaran tunai & QR pay sahaja yang dibenarkan


**PESERTA DIMINTA MENJAGA KEBERSIHAN DAN PARKING DI TEMPAT YANG DISEDIAKAN (SILA IKUT ARAHAN RELA)**

**Untuk makluman kami tidak mengambil penyertaan peniaga jualan makanan & minuman**

Hubungi Kami


Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi kami.

+6017 340 0807

Shah Alam, Selangor

Partners