
FORMAT DAN PERATURAN KEJOHANAN BOWLING TERTUTUP PIALA PERPADUAN SHAH ALAM 2025
- YURAN & CARA PENYERTAAN
- Penyertaan terhad 24 pasukan Sahaja
Yuran penyertaan termasuk:
1. Baju rasmi kejohanan
2. Sewaan kasut
3. Sijil
4. Sarapan pagi - Kasut disediakan oleh pihak penganjur dan saiz kasut adalah terhad.
- Pendaftaran diutamakan dengan cara digital iaitu imbas QR code yang telah disediakan oleh Persatuan Insan Sejahtera Selangor di poster utama kejohanan (pendaftaran fizikal hanya melalui urussetia Persatuan Insan Sejahtera Selangor sahaja).
- Lengkapkan borang pernyertaan dan pembayaran yuran penyertaan serta muat naik bukti pembayaran bagi yang menggunakan cara digital. Bagi yang fizikal hendaklah mendapatkan borang pada urussetia dan bukti pembayaran juga hendaklah disahkan oleh urussetia.
- Hanya pemain-pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk mengambil bahagian.
- Penyertaan terhad 24 pasukan Sahaja
- PENDAFTARAN
- KEJOHANAN INI BERDASARKAN JEMPUTAN RASMI SAHAJA, PASUKAN YANG TIADA DIDALAM SENARAI AKAN DIGUGUR SECARA AUTOMATIK
- Penyertaan hanya dibuka kepada 24 pasukan sahaja berdasarkan first come first serve.
- Acara yang dipertandingkan hanya berpasukan (4 pemain sepasukan) sahaja dan terbuka.
- Pertukaran nama-nama pemain boleh dilakukan selewat lewatnya sehari sebelum pertandingan bermula.
- CARA PERTANDINGAN
- Semua pasukan akan bermain sebanyak tiga (3) game.
- Semua pasukan akan bermain secara `cross lane’.
- Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan jadual yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa penganjur.
- Semua pasukan yang dijadualkan untuk bermain mestilah berada di lorong permainan 10 minit sebelum perlawanan dimulakan.
- Pasukan yang enggan bermain pada waktu yang dijadulkan itu akan dianggap sebagai menarik diri.
- PENENTUAN KEMENANGAN
- Pasukan yang memungut jumlah jatuhan pin terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang.
- Sekiranya dua pasukan didapati memperolehi jumlah pin yang sama maka kaedah jumlah terbanyak jatuhan pin pasukan permainan terakhir dianggap sebagai pemenang dan seterusnya
- Kategori hadiah adalah:
- Juara
RM1,000.00 berserta sijil - Naib juara
RM500.00 berserta sijil - Tempat ke3
RM250.00 berserta sijil
- Juara
- Hadiah pertandingan boleh diubah jika penyertaan pasukan berkurangan / berdasarkan penyertaan pasukan tanpa perlu memaklumkan kepada pasukan yang akan bertanding.
- BANTAHAN
- Tiada bantahan yang boleh dibuat.
- TARIKH TUTUP PERMOHONAN
- Tarikh tutup penyertaan 5 Ogos 2025.
- Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukan yang akan bertanding.
- Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.
KEJOHANAN INI BERDASARKAN JEMPUTAN RASMI SAHAJA, PASUKAN YANG TIADA DIDALAM SENARAI AKAN DIGUGUR SECARA AUTOMATIK
